Rabu, 23 Julai 2014

KU TUNGGU MU DIPINTU SYURGA (AR RAYAN)

 Aku lihat RAMADHAN makin jauh...Lalu,
aku kejar lalu menyapanya;"Hendak ke mana?
"Dengan lembut ia berkata,"Aku akan pergi, mungkin JAUH & sangat LAMA. 
Tolong sampaikan pesanku untuk setiap MUKMIN;Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQOMAH saat dia kepenatan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah pada TAWADHU' saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat QUR'AN& wasiat SUNNAH pada setiap masalahyang dihadapi...
Sampaikan pula salam & terima kasih untuknya kerana telah menyambut & meraikanku dengan hangat dan melepas pemergian ini dengan deraian air mata...Jumpa lagi tahun hadapan jika tidak di tempat yang sama... Kelak akan ku sambut dia di SYURGA dari pintu AR RAYAN...
Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN. Mogaberoleh rahmat, keampunanan & tergolong dlm senarai bebas hukuman neraka. 
Masih ada beberapa detik lagi untuk bercengkarama dengan RAMADHAN & moga berhasil mendapat Lailatul Qadar...
"Ya ALLAH, andai di hari ini ada diantara hamba2-Mu yang Engkau mengangkat darjatnya, Engkau ampuni dosa2nya, Engkau luas & berkati rezekinya, Engkau muliakan keturunannya, Engkau lepaskan dari semua kesulitannya, Engkau indahkan akhlaknya dan Engkau berkati segala usaha & hartanya...
Maka dengan ihsan, rahmatMu jadikanlah saudaraku ini beserta Keluarganya sebaik2 hamba yg mendapatkannya.....

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 5 Mac 2014

Perkara Hari Ini !



Assalamualaikum..

Hah! nak kongsikan ckit perkara yg berlaku pada hari ini, setelah menghadiri kursus Ict selama 3 ari, badan 
terasa penat yg teramat, hari ne pulak hari last nak pergi kursus tu, hapy gilak ok.. dalam penat yg teramat tu 
terlewat lh pulak bngun tidur, 
mimpi nyenyak gitu..
 Tiba aja bapaku ke rumah lalu dia mengejutkan aku dr lamunan mimpi, tgk jam dah hmpir jm8.00 pg. 
hah! 8 pagi beb, kursus mula jm 8.30. Tak ke kelam kabut di buatnya, seteguk airpun tak sempat nak jamah. Sabar aje lah kann? sapa suh awal sgt nak bangun...Di pendekkan cerita, setibanya ke tempat kursus mujurlah kelas belum bermula, aku mengucapkan syukur didalam hati. 
Okey, beberapa minit kemudian, kelaspun bermula meskipun dlm keadaan yg agak bluerr sikit di teruskan aje lh... hari ini kursus mengenai Membina Blogger, hah! kena sgt kan dgn tajuk tu.. 
Kelas berjalan dengan lancar. Tepat jam 11 pagi, kami di benarkan berehat sehingga jm 1 ptg,. okey, kuar aje dr 
blik kuliah tu, 
direct terus ke Restoran yang menyediakan makanan tengah hari untuk kami, tanpa membuang 
masa, baham aje lah apa yang ada. 


(Rehat jap sambil dengar lagu ne)



selesai makan, pergi lah ke pejabat Pos, nak ambek barang yang di order gitu,.. huh! penat juga lah jalan dlm panas-panas ne . Tgk jam bru nk menghampiri jm 12, ada masa sejam jak nak tunggu kelas bermula..  okey dh jm 1, kelas bermula sudah . k bye :-)





























Cerita Hari Ini

Ada Apa Dengan Hari Khamis?



Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.


Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ